skplj.zoom-a.com
SK PENDAS LAUT
Peti Surat 20, Gelang Patah, 81550 johor Darul Takzim 
Tel : 019-7716221, Faks : -
e-mel : skpljba1034@yahoo.com.my
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH & PIAGAM SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | LOGO SEKOLAH | AKTIVITI | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | Untitled |

FALSAFAH SEKOLAH

 


Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu peluang seluas-luasnya akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan daya intelek masing-masing. Bahawasanya kami para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini.

PIAGAM  PELANGGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAS LAUT

GELANG PATAH

 

KAMI WARGA

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAS LAUT JOHOR BAHRU

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM

BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

¨

Memastikan system pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat, Kementerian Pendidikan, bangsa, agama dan negara agar tercapai matlamat Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020

¨

Memastikan kami peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan dengan memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami

¨

Memastikan sekolah ini dapat menyediakan tempat belajar yang selesa kepada anak didik dan bimbingan yang sewajarnya dengan kerjasama pelanggan

¨

Memastikan system pendidikan di sekolah ini menghasilkan anak didik yang mempunyai personaliti positif, bermotivasi dan berketrampilan demi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum

¨

Memastikan guru-guru sentiasa berdedikasi, beriltizam, berdisiplin, bertanggungjawab, inovatif dan produktif supaya dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa

¨

Memastikan kami sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan kokukulum.

Alamat Sekolah:

SK Pendas Laut,

Peti Surat20,

81550 Gelang Patah, Johor Bahru.

 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: